Wednesday, November 18, 2009

Gambar Ibu Sebelum Berangkat ke Tanah Suci Mekah

Wak Tijah tak pandang camera, post ala ala model magazine....

Alhamdulillah... Ibu saya sudah selamat berada di Mekah sekarang. Dia sihat sihat sahaja, dari tutur suara dalam telefon, ibu kedengaran gembira je... Almaklum, abang Pian pun dia dah jumpa kat sana...

Pada yang nak tau, ibu saya dijangka akan sampai semula ke KLIA pada jam 830PM, Isnin, 21 December 2009... sempat aaa nak berhari raya natal nanti... ekekeke!!

Friday, November 6, 2009

Panggilan Kaabah

Salam semua.

Beberapa jam yg lalu, ibu saya (Norlia Abdullah) baru saja menyampaikan berita penuh kesyukuran, Makcik Ti'ah & Pakcik Raja bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah, sampai jua hajat mereka pada tahun ini untuk menjejakkan kaki ke kota suci itu...


Sama-sama kita doakan semua persiapan berjalan lancar dan mereka diberi ketenangan selama beribadat di sana, jua selamat pergi & pulang. Sesungguhnya, ia berita 'kejutan' yg amat menggembirakan.

ps: Minta En Rizal kita update..