untuk makluman semua,
Semalam bertarikh 20 October 2009, Abg Pian dan Kak Su telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Saya tidak punya masa untuk mengikut hantar bahkan menghadiri kenduri dirumah mereka di Cheras. Jadi, Story sikit je aaa...
Apa pun, kita doakan semoga mereka berdua memperoleh Haji Mabrur, jauh dari kecelakaan dan selamat pulang ke Malaysia...
Harap Maklum
Wednesday, October 21, 2009
Thursday, October 15, 2009
Wawan Sudah Tamat Latihan....
SEPANG, 9 Oktober - Malaysia Airports hari ini meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang kendaliannya apabila seramai 194 orang pelatih keselamatan penerbangan menamatkan Latihan Asas Polis Bantuan.
Pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Anggota Keselamatan Penerbangan Malaysia Airports yang diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini, kakitangan keselamatan penerbangan pengambilan siri 1/2009 secara rasminya telah menamatkan kursus yang telah dijalankan sebanyak tiga fasa iaitu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur bermula pada 20 April 2009 hingga 19 Jun 2009, di Pusat Latihan Malaysia Airports Pulau Pinang bermula 22 Jun 2009 hingga 11 September 2009 dan On-job Training di KLIA bermula 13 September 2009 hingga 27 September 2009.
Source

Untuk makluman... Wawan baru menamatkan latihan Polis Bantuan MAHB baru baru ini... sekarang dia ditempatkan di Kuala Lumpur International Airport [KLIA]...!!
Masa perbarisan tu, dia diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Kawad. Ada 1 kategori Keseluruhan dan 2 lagi kategori, Akademi Terbaik dan Penembak Terbaik.
Boleh baca disini juga jika mahu...
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)